Wednesday, December 29, 2010

Malaysia VS Indonesia Final Pertama AFF

Keputusan terkini malaysia 3- indonesia 0.

Disini aku akan membuat liputan terkini kedudukan terkini perlawanan akhir yang pertama bertempat di bukit jalil bermula pukul 8 malam nanti.

Nantikan keputusan perlawanan dari minit 1 hingga ke minit 90. Teruskan kesetian anda di blog ini. Sekian terima kasih.

Perlawanan sudah bermula.

Minit ke 7:- Sepakan sudut pertama buat malaysia, tetapi ada kekecohan disitu, ada orang main laser hijau kat keeper indonesia.

Minit ke 17 :- Percubaan pertama dari kunalan. Dengan mudah keeper indonesia menangkap bola.

Minit ke 22:- Pemain indonesia tersilap membuat hantaran dan peluang buat Safiq rahim membuat sepakan, tetapi tidak gol. Rugi yang amat!

Mint ke 25:- Sepakan sudut buat indonesia oleh Okto.

Minit ke 27:- Percubaan yang merbahaya dari indonesia, hantaran cantik oleh gonzales, ke bos toni. Sepakan kencang melintang. Nasib baik tak bol.

Minit ke 31:- Asra dilayangkan kat kuning dan sepakan percuma buat indonesia. Jarak lebih kurang 21 meter. Merbahaya disitu.

Minit ke 37:- Percubaan dari okto, pemain indonesia, sekali lagi gawang malaysia hampir diuji. Nasib baik dengan cepat membuat clearance dengan awal.

Minit ke 43-44:- Sepakan sudut buat malaysia.

Minit ke 45: 2 minit masa tambahan, kekasaran berlaku okto dibengkes.

Tamat buat separuh masa pertama. Tiada jaringan dihasilkan.


Separuh masa kedua :-

Minit ke 46 :- Sepakan dari Gonzales, masuk ke gawang malaysia, gooll!! TETAPI offside. Phui nasib baiklah ya.

Minit ke 52 :- Gunalan dibengkes. Sepakan percuma buat malaysia. Jarak lebih kurang luar sedikit petak penalti. Kekecohan berlaku, ada orang main laser hijau dekat penjaga gol indonesia. Keadaan kecoh sedikit.

Perlawanan dihentikan seketika, sedang mencari orang yang main laser barangkali??? Hadoila… kecohla

Minit ke 60 :- Goool oleh Safee Ali, hasil hantaran dari Nurshahrul Idlan Talaha, rampasan bola di pertahanan dan terus membuat hantar kepada safee ali. Cantik disitu. Malaysia 1-0 indonesia.

Minit ke 65:- Safee Ali terlepas peluang untuk gol, diselamatkan oleh pertahanan indonesia


Minit ke 67:- GOOOOLLL lagi oleh Shaari dengan sepakan yang sangat kencang, hasil dari hantaran cantik oleh Nurshahrul Idlan Talaha, . Yehaa… Malaysia 2-0 indonesia.

Minit ke 69:- Percubaan yang menarik dari malaysia sekali lagi, dari safiq rahim. Tak gol lah pulak.

Minit ke 71 :- Giliran indonesia membuat sepakan percubaan , tetapi tersasar oleh Arif.


Minit ke 72 :- Gooolll lagi hasil dari tandukan oleh Safee Ali. Hasil dari hantaran bola lop, mahali yang cantik. Malaysia 3-0 Indonesia.

Minit ke 78:- Itu dia Safee ali, satu lagi percubaan sepakan yang kencang. tetapi tak gol lah, sepatutnya bagi kat safiq rahim sebelah kiri, dah kosong kot. Rugi jer.

Minit ke 80:- Sepakan percuma buat indonesia, sepakan oleh Gonzales. Tersasar jauh bro!

Minit ke 83:- Sekali lagi sepakan percuma buat indonesia, diselamatkan oleh penjaga gol khairul fahmi

Minit ke 90:- Masa tambahan sebanyak 8 minit. Disebabkan insiden sapa yang main laser tadi huh!

Minit ke 94:- Kesilapan dari pertahanan indonesia, dan Kunalan mendapat peluang, one by one sekarang nie, tetapi macam dibengkes oleh penjaga gol indonesia. Tak dapat lah pulak sepakan penalti.

Minit ke 98:- Indonesia mendapat sepakan percuma, sedikit lagi dalam kotak penalti. Pertahanan malaysia terus kental.

Minit ke 99:- Masa perlawanan tamat, tahniah diucapkan buat pemain malaysia.

Akan diupdate masa ke semasa. Sila refresh page ini, untuk mendapat keputusan yang terkini dari blog ini.


No comments:

Hak cipta terpelihara Mista Nazrey