Saturday, December 24, 2011

Alahai Chicken Pox!!!



Chicken pox juga dikenali sebagai cacar air, jintungan atau bertih (mengikut dialek daerah). Ia disebabkan oleh virus Varicella (kumpulan virus herpes) dan amat mudah berjangkit. Ia berlaku pada semua peringkat umur, biasanya pada kanak-kanak. Ia lebih teruk sekiranya berlaku kepada orang dewasa. Rebakan adalah melalui sentuhan atau titisan cecair daripada orang dijangkiti. Rebakan juga berlaku melalui bahan tercemar dengan cairan cacar seperti pada pakaian atau tuala dari penghidap chicken pox.


Alhamdulillah syukur ke hadrat illahi..akhirnye sembuh jugak dari kene chicken pox..seksa rase nye tapi redha je..nie lah dugaan yamg harus di tempuh dalam hidup..xpasal2 semiggu aku MC hahaha...duk umah dah lah kene makan pantang adoyai..




kena lah hadap ubat macam2 adoi..nk cepta baek so makan lah ubt..

RawatanUbatan anti-viral

Acyclovir atau immuno
Globulin diguna untuk merawat chicken pox. Rawatan amat berkesan sekiranya diambil segera dalam tempoh 24 jam dijangkiti. Ia akan mengurangkan keterukan dan komplikasi akibat chicken pox. Semua orang dewasa mendapat kebaikan dari rawatan antiviral di awal penyakit terutama yang kurang sistem daya tahan (orang lanjut usia, pesakit diabetes, pengidap HIV& AIDS serta rawatan steroid).

Rawatan antibiotik

Komplikasi akibat chicken pox ; radangan kulit dan radangan paru-paru memerlukan rawatan antibiotik. Pesakit yang mendapat radang otak hendaklah dimasukkan ke hospital untuk rawatan antivirus.

Rawatan di rumah

  1. Sapu losyen calamine.
  2. Ubatan antihistamin kurangkan gatal-gatal
  3. Panadol untuk demam








No comments:

Hak cipta terpelihara Mista Nazrey